01 October 2011

Telekom atau Streamyx ?



Assalamualaikum..

Sihat ? Okay. 1st thing sekali saya nak mintak maaf pada readers saya sbb saya lama tak update blog. Aritu ya ya ja nak update selalu kan.
Actually, baru2 ni wifi kat rumah masalah sangattt. Kejap ok, kejap tak..
Then, telefon rumah lak tak berfungsi. Siap xda bunyi tone apa pun. Wifi lak takleh masuk terus.
Minggu baru2 ni, mak saya buat report kat TM and depa janji nak datang check. Selasa lepas kot depa check then cakap kena panjat tiang elektrik tu nak kena check apa la. Besok (rabu) maybe baru antar kontraktor depa. Besok tu depa check tiang tu and depa kata kabel telefon masuk air la pulak then depa buat apa pastu tatau la sebab saya balik keja je telefon dah okay. Buttttt streamyx masih sama ! Takleh masuk. Sampai la hari esok tu saya call TM lagi sekali buat report pasal streamyx and depa guide secara on the line. 1jam jugak la dok kat telefon.and finally berhasil ! Thanks to Kak Maria :D tapi kan dalam hal ni nak salah kan yang mana ? Telekom atau Streamyx ? Atau Kak Maria ? Hahaha takde la, gurau ye Kak Maria.. Tapi kan, bila tanya kenapa jadi camni depa cakap biasa la. Line streamyx apa tah. Biasa apa nya baru 1st time jadi kerek cmni. Depa kata takda sangkut dengan telefon takda bunyi tu pulak. Tah la. Tak paham dengan Telekom dan Streamyx ni. Actually itu ja nak update for now. Sebab letih la baru lepas bagi mandi si Coco ni. Apa2 pun, selamat hari MINGGU :D

Loves,
Hidayah

21 September 2011

Kopi untuk hilang mengantuk ?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه..

Hey anda semua ! Apa khabar ? Saya sihat alhamdulillah :)
Harini saya hapdate guna my blackberry je. Since laptop nan ado! (T__T)
Okay, disini saya mengisytiharkan tarikh hari raya... Tetttt. Raya apa lagi. *tampar-diri-sendiri*
Okay2, serious ye. Sini saya nak cakap pasal kopi dapat menghilangkan kemengantukkan. Betul ke ?
For me lah kan, so far saya dok minum kopi ni takda langsung effect. Kenapa ya ? Dari dulu sampai la sekarang, ngantuk je try la minum kopi/nescafe. Konon boleh hilang ngantuk kan ? Siap buat kaw² lagi tu.
Tapi hampehhh (T_T). Pas 15minit terus ngantuk. Mata ni berat je nak melabuhkan tirai.
Maybe setengah orang akan cakap, "eh, aku ngantuk je aku telan kopi. Takyah kaw pon takpe. Otomatik mata aku terbeliak".
Tapi kalau mata saya ni, spesel sket ye.
Dia nanti cakap "ah, takdak maknanya nak berkopi2, bersetabak2 apa suma". Mata saya ni kental sangat.
Jadi, kepada pembaca² saya yang terhormat dan tersayang lagi tercinta. Boleh tak suggest tips yang paling terbaik kalau nak hilangkan ngantuk ni ? Jangan pula suggest saya p ketuk kepala kat dinding, tak pon ambil pisau hiris jari kaki. (T_T) baru la nanti saya nangis sambil nyanyi "apaaaa salahhhkuuuu" (cari sendiri sapa penyanyi ya)
Kalau tips² anda suma berjaya menghilangkan kemengantukkan saya ni, memei saya akan kasi adiah kat korang. Yang perempuan saya kasi kiss skit. Yang lelaki takleh la kan. Korang, dapat senyuman je. Hehehehe. (Okay, saya dah pening ni. Tengah type blog dalam kereta. Sangat pening okeeee)

Bye ! السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

20 September 2011

saya dilamun cinta ♥

Assalamualaikum.. kum.. kum...

selamat hari selasa ye (20/9/2011). sorry la lambat update. patutnya ni entri semalam, disebabkan line internet yang macam hampeh . tak dapek nak update semalam.
pepagi lagi dah pegi keja, balik pon dah dekat 6pm. dah tu 8pm tadi pegi fetch my mum pulak.
so, jadi lambat je nak hapdate ! actually boleh je kalau nak hapdate guna my BB.
tapi macam tak puas je nak menaip. unless ada IPAD2. opsss!
ehee.okay.di sini saya nak cakap yang saya telah dilamun cinta teruk2 mia okeh.
kira boleh sasau la kalau tak jumpa ni. hehehe okay stop sat topic ni. saja bagi topic start engine. haha.
kita discuss jap topic lain. let's talk pasal gadgets/technologies ye. :D
sekarang ni dah zaman moden. zaman teknologi canggih.
semua nak yang canggih je kan. 3g la,wifi la, gps la, touch sana, touch sini la. (eh eh. touchscreen ye ? silap lakkk)
ada yang gila gadgets macam handphone. contoh yang femes/hits sekarang ni iPhone dan Blackberry. (mesti peminat Sony Ericsson, Samsung and Nokia yang lain bengang je) bukan nak cakap brand lain tak femes. just, kurang mendapat sambutan yang sangat sangat sangat melonjak-lonjak. (bengang lagi la korang ye) hehehehe.
ada juga yang gila camera . haaaa camera ni yang saya tau ada Canon, Nikon, Lexus and blablabla.
dan gadget yang paling latest, tablets. (tablets ni gadgets eh? lantakkk) iPad2 la, Galaxy Tab la, Blackberry Playbook la tah apa tab tab lagi la. makin lama,semua brand pon nak keluarkan tabs ni gak. tak kisah la kan. tapi rasanya sekarang yang femes dan maju pon antara 3 nama yang saya sebutkan tadi tu la.
dulu-dulu saya gilakan camera, then handphone. tapi takpa, dah dapat dah. so now, gila pada tablet2 nih. espeseli, IPAD2.
bila tengok video2 review IPAD2 kat YouTube ni, memei sangat mengiurkan !
air liur menetes je tengok video dia sambil tadah dengan baldi (okay jangan percaya =.=")
memula Playbook keluar tu, memei dok aim nak Playbook. konon nak support Blackberry sebab nak link dengan hp la. tapi bila tengok dari segi2 dan bucu2. macam kurang berminat sikit. jiwa dan perasaan ni melompat2 tergedik2 nak sangat jatuh cintan pada IPAD2 ni. tatahu la pasaipa. (kononnnnn !)
tengok games dalam IPAD2 ni, pehhh. rasa cam nak tampo sampai pusing kepala je tau. heeee. tapi kan satu je yang tak best kat IPAD2 ni, camera dia. tu kalau nak buat bandingan dengan Playbook lah.
camera Playbook ni memei jauh beza panggang dari asap api (ehhhh !) berbanding IPAD2.camera sangat clear (bak kata orang Penang "kelia")
tapi for me, itu semua tak penting. Apa yang penting (buat ala2 wonderpets ye tawan2) KERJASAMA! ehhh. yang penting mestilah GAMES! saya ni moyang kepada HANTU GAMES ! so beware ! eheee.
sesudah mendengar nasihat kawan2 yang sangat baik budi pekerti. hati saya memang dah jatuh cinta dah dengan IPAD2. sorry all :D KU TLAH JATUH CINTA (nyanyi ala2 Agnes Monica)...
agaknya lah kan, siapa lah nak bagi hadiah surprise kat saya ye *buat-muka-mintak-backhand*
tak pun hadiah birthday ke, tapi macam lambat je.
or hadiah hantaran ke ? oh itu lagi lambat. itu saya taknak demand lebih2.
cukup lah sekadar kereta BMW X6. ye saya tahu, saya memang bukan seorang yang demanding. agagagaga *pang-sedas*
eh eh, tetiba masuk pasal hantaran pehal ? back to my lover, si iPad2 bin Apple. (bukan main sedap nama kau ye) agaknya la kan, baru sekarang saya nak berminat dengan iPad2 ni mesti ada yang cakap ketinggalan zaman kann?? huhuhu. kesahhh sangatt ?
bila lah nak dapat iPad2 ni kan. hurm. nak membawa diri sat. nak menatap gambar 'kekasih' gelapku. kbai !


loves,

19 September 2011

my baby ♥

Assalamualaikum.. kum kum kum....

entri kali ni saya nak cakap pasal my baby Coco.
Coco ni adalah sejenis binatang exotic.
nama english dia hedgehog, nama melayu anak bin landak. (sebab ni anak landak la, kalau landak saya dah mati tercucuk dek landak la) landak is porcupine kan.. dia ni mix landak and apa tatau hehehehe.
okay, bagi yang tertanya nama scientific dia tu, saya kurang pasti. tak silap, African Pygmy apa tah.
apa kata cari kat Mr Googler.  (suka okeh dengan monyet ni.. tetibaa)
ehee. since tengok member2 banyak dok bela hedgehog ni, mula lah terlintas di fikiran ku nak membela. ewaahhhh. so, pas dah meng'google'kan diri mencari fakta2 pasal hedgehog ni. terus copy and paste kat bbm my Mr. K. hahaha bolehhhh ? konon nak kecek2 suh beli la kannnn.
then letak plak DP kat bbm gambar hedgehog gakk.
buat2 tanya kat member2 lain cara nak jaga bagai. then post lak video hedgehog kat facebook Mr. K jugakk.
dasar perangai kan ? ekekeke. kesahhh ?
then, pada berapa hari bulan tah Mr. K kata nak boleh beli. tunggu punya tunggu.
10th July 2011, hari saya dan Mr. K membeli belah di kedai haiwan Sheng Heong (okay,nama tu saya merepek je sebab tak ingat. tak payah nak cari dalam foursquare or google maps ye) hehehehe.
setelah aksi pilih memilih hedgehog yang bersesuaian, akhirnya kami pilih seekor betina yang comel dan pemalu!
serious, Coco ni mula2 pemalu gila.tak gabra apa pon.
yang jantan2 lain semua keja nak mencucuk jaa. takut tau .. eh eh marah lak. lalalala~
then beli lah segala ulat, cage, bekas makanan, wheel and rumah bagai.
balik tu, memei takut gila nak pegang.dah berduri kan.
Mr. K ja dok pegang. hahahaha. saya ? hanya melihat dan memanggil ! :P
lepas 3 hari kot, baru buat2 berani. tu pun pas balik kerja ja, mesti bagi jari kat dia, bagi dia cium2 ambik bau. baru la dia tak takut kan.?
tapi, ada hari tu dia siap geget plak jari ni. sakit tau !!
pas hari demi hari dapat pegang dia. best plak rasa. then start bagi dia mandi semua.weee. terasa comel sekali saya ! eh.... silap. Coco la.  (buat gini lagi) hohohoh~
dan sekarang dia telah bersama saya dah 2bulan lebih :D
oh ha, nama dia jadi Coco pon sebab warna dia yang ala2 nak koko. konon nak lidah mat saleh.
jadi COCO. type dah banyak. gambar dia tak letak2 lagi kan? tak sabar la tu ?
ini diaaaaa


whatt ? takmau tengok ?? hurm. mencik lahhh ! nak tgk sgt Coco yer. kbai !

ni dia haa anak mat saleh saya :D

 ini Coco's Dreamland

 hey, saya nak tido. saya dah mandi tadi tau. wangyy oh :D

oh tak jadi tido, minum jap. jangan tegur saya gemuk ye. sebab mmg saya dah gemuk (-.-") kbai!

sekian, terima kasih! 

jumpa lagi.

loves,

serangan sinus yang melampau T____T

Assalamualaikum.
jawab ye. :) terima kasih *tepuktangan*
harini FLU saya masih teruk.
3 hari dah saya flu ni. harini saya tak p kerja pon :(
tadi pagi bangun memei mata ni bengkak ja. idung ni pon ketat ja. cam dah budak2 kott.
terus sms kat ketua unit cakap cuti. huuuu.
sambung tido sampai pukul 12. lambat ? hahaha.
orang sakit, dikecualikan la kan ?
plan nak puasa pon terbantut gak harini. atas alasan kurang sihat yew tawan2.
harini tak hujan pon, tapi tengok kat BBM status merata update hujan.
agaknya zon mana lah yang hujan tatau. ish ish. tapi takpa, cuaca sejuk2 kuku je. (eh, suam2 kuku or sejuk2 kuku ?) ehee ada kesah ? *tampo kepala masing2*
plan harini ingat nak bagi mandi my COCO-on. tapi sampai sekarang jam menunjukkan pukul 7:33pm pon tak termandi lagi. kesian dia. ishhh.
(bagi yang tatau siapa COCO saya ?)

ini dia, TADAAAAA


kalau nak tau binatang apakah ini ? tunggu nanti saya buat entri khas buat COCO. ehee :D
kbai!


loves,

18 September 2011

happy sunday :D

jawab jangan tak jawab. bak kata Maria Elena "tak jawab dosa, jawab sayang". sapa tak kenal Maria Elena ? pegi lah google ke, search kat youtube ke. malas nak link. (betul ke eja gitu?) ohooii marah kak Maria kat saya nanti :P
haaa, harini hari ahad sudaa. cepat masa berlalu kan ? makin hari makin cepat la jangka umur saya meningkat kan ?  makin hari makin cepat la waktu saya nak bernikah kan ? (ada kena mengena ke?) *ketukpalasendiri*
actually bukan nak cakap pasal kawen mawen ni. hoho. saya nak cakap yang saya FLU teruuk harini !!! http://www.emocutez.com
okay, actually dari semalam. SINUS teruk agaknyaaa.
oh tidaaak ! ye, saya sinus kekadang terukk.kekadang baik jeee. semalam lak saya makan Asam Pedas yang banyak belacan tu. tambah lak ngan budu. pehhh ! harini, menangis macam nak keluar hingus. (eh, boleh?)
setiap saat, bersin tak henti. mata ni berair jeww. kesian kan ?
siap telan macam2 ubat then tido pon sama ja :( hidung ni dah merah macam Minnie Mouse. tasuke tauuu.
harini activity saya banyak online then tido ja. nak buat apa tak larat dah.
so, tadi tiba2 teringan mooncake yang umi saya bawa balik ritu. oh mooncake ni HALAL punya tau. sebab kawan umi saya yang kerja bahagian halaldanharam ni bagi. saya ni pun konon buat macam sedap sangat nak makan. so, potong la lawa2. buat ala2 macam depa suka buat iklan tu. ala, yang potong suku tu. BAJETTT!
pastu saya try la rasa sikit. rasa yang flavor chocolate. boleh la tahann. actually mulut tak rasa apa pun, just rasa manis2 ja. FLU kan :(
tapi saya rasa saya tak SUKA ! hahahaha. 1st, sebab manihh. 2nd, sebab lembik, 3rd, sebab tak LALU.
hahahaha.tekak orang kampungggg (ada kena mengena lagi?) *tamparmukapulak*
jap nak letak rupa mooncake yang belum di'sunat' . hahaha. biadap sangat tu :P okay,belum di'potong'

cute kan ? saya suka pattern dia. hoho. sambil online2 tu. tetiba teringat ada open house lak harini sebab Kak Fina bbm tanya pi or tak.since saya dok flu teruk ni, then petang2 skit pon ada open house, tp rumah adik beradik la. terus tak jadi pegi. mcm tak larat ja. cancel abih dengan kak Fina and kak Wati. oh siapa mereka ? mereka adalah rakan saya sewaktu saya bekerja di airport :D rindu gila dengan depa geng2 airport. lama tak jumpa.
okay sambung balik. mcm dah penuh je entri saya kali ni http://www.emocutez.com. ada ku kesah ???? *tampomukakorang*
hahahaha !
then lewat petang sikit, baru pegi rumah abg Yen. rumah cousin.
since perut lapar gila2. melantak pon gila2 lahhh.
http://www.emocutez.com hahahaha boleh gini ??
melantak nasi goreng, bihun sup, ketupat, roti jala, kek, dan puding.haaa. tak banyak pun kan ? saja gimik tuuu :P lalalalala


yang best time makan tu,tak langsung nak bersin2 bagai.. "SINUS" nampak makanan katakan.
bila perut dah kenyang, hati manyak senang wooo. sampai kan cousin2 lain tegur.

abg Yon : amacam, okay ka ? 
saya : okay. hihihi (gelak sipu2 malu) *tampomukalagiskali* 
abg Yon : nampak gemuk sekarang  (sambil buat gaya pipi kembung) 
saya : haaa ?#@%@$&!& !!!! mana adaaaaa http://www.emocutez.com *tampopipikuat2*

that's the BEST COMPLIMENT yang saya dapat harini. kbai !

meh nak tunjuk skit muka orang sakit dan konon "GEMOK" .! rwarr ! jangan tegur apa2 okay. kbailagisekali!


mata bengkak. hidung merah. muka tak make-up. sekian!

jumpa lagi !

loves,

17 September 2011

menu untuk weekend


hi korang :D apa khabar hari ni ?
ada sihat kaa ? saya sihat jeeeeew.
harini dah ari sabtu daaa. wuuu cepat je masa kan. 
besok dah ahad, then isnin da kejaaa. oh no! malasnyaaa :(
takpe lah, back to harini punya activities.
okay, actually takde yang best2 sangat pon. 
awal pagi tadi pegi wet market dengan akak sebab nak shopping barang masak untuk seminggu punya stok.
ehee. kitaorg mmg suka beli barang dapur siap2 untuk 1week. so that hari2 kerja tu dah tak sibuk nak cari barang2 nak masak kannn.
pas dah balik, then saya dengan kakak breakfast roti dulu. baru kitaorg start masak.
ehe, main menu for today is Asam Pedas Rebus Ikan Kembong bersama Nenas.
actually dulu saya pernah buat dah tapi atas tunjuk ajar umi saya.
then tadi, buat2 macam tau la. ehee. nasib jadi gakk :P *lompatlompatkelilingrumah* 
nak tengok gambar ke ? ada tu ada, tp tengok mesti cam tak lalu je.
padahaaaal bila dah makan, pehhh 3 pinggan pun tak cukup kawwww.
puji diri sendiri ? okay *tutupmukarapat2* http://www.emocutez.com
dah tu makan pulak dengan kunyit muda. meleleh bebbb ! okay sudah !
nak tengok ghupe die? ni diaaaaa


tak menariks ? lantakk la . janji masuk dalam mulut tu memei cayaaqqqq ! agagaga :P

okay,
jumpa lagi !

loves,